sugeng RAWUH TENG WEB LARE MBANYUMASAN>> - pagi yang cerah
  serat tamu/guest book
  MISKIN HATI TAK HARUS MATI
  orang2 shaleh
  sakit kepala??
  my slide foto
  MENDOAN....!!!
  guyon
  sinau
  sound on blog
  wujudkan impianmu
  tempat rehabilitasi narkoba
  tentang aku
  humor abis
  gado-gado aja
  bidadari
  renungan...(ingat lah ortu)
  JA MIE BON (CERPEN)
  >cari tambahan..?
  buat blog yuk
  kesedihanku
  sadarku
  from santie
  Penyesalan
  Dalam diamku
  Wôñk ñðê$ýo
  Understimit man(gôên arwana)
  SEPI...
  serba serbi penting
  serba serbi lagi
  Counter
  from ayu FS
  pagi yang cerah
  tausiyah...
  hikmah hari ini
  tausiyah(saking kanca)
  bayi cewekORcowok
  tausiyah 4 ortu
  ga liqo ga untung
  refleksi diri
  iman..
  Anganku
  rahasia kesuksesan/live musick
  pentingnya AQIDAH
  aqidah islamiyah
  AQIDAH???
  pemurnian AQIDAH
  pusiiing
  taqwa.com
  muroqobah
  taklim..?
  upzzZZ
  budaya banyumas
  lelaki sholeh
  renungan QOLBU
  ebook gratiss
  Poligami??
  SBLM KITA MENINGGAL
  ujian keimanan
  keputusan terbaik
  mata kuliah dari pemulung
  lagu2 midi asyik
  cerita dari temen
  puisi cinta
  sebuah keajaiban

SEKEPAL HATI AYAH
Oleh: Iwan Danial

Permainan politik gelanggang ganas meracuni fikiran ayah yang tidak berpelajaran.

"KALAU bapaknya aku tak berkenan, seluruh keturunannya pun aku tak mahu" itulah kata-kata keras ayah yang aku terima sebaik sahaja usulku berkumandang pada petang itu. Kata-kata itu bukan sahaja satu amaran bahkan sebenarnya suatu undang-undang yang telah termaktub di dalam fasal ego lelakinya. Aku benar-benar buntu untuk melembutkan hati ayah yang sudah terasuk dengan pendirian gila itu. Entah kuasa apakah yang membuat hati ayah benar-benar keras sehingga cadanganku ditolak mentah-mentah.

Aku semakin bingung bila memikirkan perangai ayah sejak akhir-akhir ini. Suatu ketika dahulu ayah bukanlah seorang yang bongkak dengan kata-kata. Apa jua cadangan dari anak isterinya akan dipertimbangkan walau pun diterima sepenuhnya. Tetapi sejak akhir-akhir ini ayah sudah banyak berubah, sudah pandai menegakkan kata-kata malah kadang-kadang titah bicaranya mengalahkan orang-orang politik. Sejak bila ayah pandai berpolitik? Itulah persoalan yang kian ligat berlegar-legar di kepalaku. Bukan aku tidak tahu apa pegangan dan ideologi yang didukungnya, malahan sejak berdekad lamanya ayah masih setia dengan fahaman itu walau pun dia sendiri tidak memahami konsep perjuangan ideologi yang didukungnya itu. Tapi bila pula ayah sudah faham isi dan perlembagaan fahaman itu sehingga dengan mudah ayah menjatuhkan hukuman.

"Mana-mana fahaman yang tidak menegakkan Islam dianggap menentang Islam dan kita tidak boleh bersekutu dengannya" begitu yakin ayah berhujah sehingga aku terkejut dan terpampan di tiang seri sambil mengamati tiap butir katanya.

"Biarlah orang politik yang selesaikan soal itu ayah, apa jua fahaman yang kita anuti, ia tidak akan mengubah nasib hidup kita. Tiada ahli politik yang sanggup menghulurkan beras setiap bulan meski pun kita mengusung dan menjaja nama mereka setiap hari".

"Itulah kau, sekolah saja tinggi tapi benda macam tu pun kau tak boleh fikir".

"Buat apa nak fikir perkara yang bukan kita kuasai, nanti silap-silap perhitungan kita tersalah langkah. Kan lebih baik kita fikirkan cara-cara untuk meningkatkan taraf hidup".

"Tapi kau tak faham, kau tak rasa apa yang aku alami, suku-sakat kita ditindas" jelas ayah sungguh-sungguh mempamerkan wajah bengisnya.

"Siapa tindas siapa?"

"Suku-sakat dialah, kau tau tak, seluruh kampung sudah tau bapa dialah yang membuat khianat semasa ceramah politik hari tu, sampai putus habis semua wayar!".

"Itu cerita orang, entah-entah orang lain yang buat".

"Mata kau dah buta dek wajah anak gadisnya tu, mana sempat nak fikir perkara lain. Nanti kalau kau kahwin dengan anaknya senang-senanglah kau dipengaruhinya".

"Tapi ayah jangan lupa, saya ni bekerja dengan jabatan kerajaan, duit yang saya kirim kepada ayah setiap bulan pun duit kerajaan" balasku tegas. Aku lihat muka ayah tersentak sambil menyedut rokok daunnya.

"Habis tu kau nak aku buat apa?" soal ayah mula kendur.
"Pinangkan anak Haji Saad".

"Apa? Kau dah gila , mana aku nak letak muka aku ni?" soal ayah garang dan ketika itu pelbagai kata-kata pedas yang terkeluar dari bibir ayah. Telingaku terasa panas mambahang bagai dicili. Aku memutuskan untuk membiarkan ayah terus tenggelam dengan kata-katanya yang sudah merawit kepada perkara-perkara lain.

Aku seperti mati akal untuk meyakinkan ayah bahawa pilihanku adalah tepat mengikut peraturan agama. Sesungguhnya pilihanku bukanlah kerana Saleha cantik atau kaya walaupun dia memang cantik dan kebetulannya anak orang berada. Aku kagum dengan sikap kewanitaan dan ajaran agama yang diamalkannya. Bukankah itu sudah cukup untuk aku membuat pilihan sendiri? Apakah kerana Haji Saad yang mendukung fahaman itu menyebabkan anak gadisnya terheret sama untuk merasai kesalahan itu? Ah! Ayah tidak adil, bertindak tanpa pertimbangan yang wajar. Seharusnya ayah menilai luhur hati Saleha bukan ideologi politik yang didukung oleh ayahnya.

 

Kadang-kadang aku berasa permainan politik ini adalah suatu gelanggang ganas yang meracun fikiran orang-orang yang tidak berpelajaran seperti ayah. Akalnya terlalu mudah dituba oleh kata-kata retorik pemimpin politik. Sesiapa pun pasti akan tersentak apabila akidah diperhitungkan dan pegangan agama diperdebatkan. Kebodohan di dalam mentafsirkan setiap butir kata itulah yang mendorong ayah dan sekutunya menerima bulat-bulat pendirian itu. Akibatnya banyak perkara yang terheret sama, saling sangkut-menyangkut dan saling tindan-menindan. Kesudahannya perkara yang mudah dipersulitkan, benda yang halal diharamkan. Entahlah, sampai bilakah orang-orang seperti ayah akan sedar dirinya dipergunakan oleh golongan-golongan yang rakus untuk berkuasa.

Rasanya belum pernah aku mengecewakan ayah, setiap arahannya tidak pernah aku engkar. Entah mengapa secara tiba-tiba aku berasa kuat untuk menidakkan kata-kata ayah. Mungkin penahan kasih Saleha yang membuat aku kian berani atau laut akalku sudah terlalu luas kuterokai. Membiarkan ayah mengunyah pendirian yang kian kukuh bersarang tidak banyak menyelamatkan keadaan malah boleh menebalkan rasa egonya. Aku harus berani meluahkan kebenaran atau paling tidak membuat pilihan agar ayah tahu ilmu yang kukutip sudah cukup masak untuk dihidangkan. Walau apa jua keadaan wajah Saleha akan kugapai kerana dialah satu-satunya wanita yang bertahta di hatiku.

Selesai sembahyang Isyak aku menunggu ayah dengan penuh debar. Enjin motosikal Hondanya semakin meresahkan penantianku. Emak seakan dapat membaca peta resah yang sedang bergumpal dan berselirat di benakku. Aku menarik nafas panjang-panjang sambil menunggu ayah menghabiskan makan malamnya.

"Esok Mak dan Pak Ngah Leman akan ke rumah Haji Saad" ucapku dengan suara bergetar di hujungnya sambil menahan debar yang kian menggila.

"Apa? Kau tak faham apa aku cakap?"

"Kerana fahamlah saya minta Pak Ngah Leman wakilkan ayah" ujarku berani.

"Aku tak setuju, muktamad!" bentak ayah keras sambil menonyoh-nonyoh rokok daun yang masih berbaki bagaikan menonyoh kepalaku yang hampir dengan mukanya.

"Apa kurangnya budak Saleha tu" sampuk emak tiba-tiba.

"Kamu orang perempuan mana tahu, mana faham soal politik?"

"Memang saya tak faham fasal politik, tapi abang yang terlebih faham pun susah juga, sampai perkara yang elok pun ditolak".

"Soalnya Haji Saad tu tali barut kerajaan, nanti bukan budak ini saja yang dikuasai , saya dan awak sekali akan jadi macam dia tau, hish! Aku tak nak terlibat dengan perkara bidaah ni" sanggah ayah kemas seakan yakin dengan jawapannya.

"Astaghfirullahalazim, antara kita dan Haji Saad tu sama aje Bang, masing-masing bertuhankan Allah dan berasulkan Nabi Muhammad".

"Hmm tak apalah ayah, saya bukan nak minta persetujuan ayah, saya cuma nak maklumkan kepada ayah supaya ayah tidak menanggung malu yang lebih besar kalau kami berkahwin nanti".

"Kamu jangan jadi anak derhaka, besar padahnya nanti".

"Saya minta maaf ayah, kalau ayah ada pendirian saya juga ada prinsip. Selagi tidak melanggar hukum syarak selagi itulah hasrat saya akan terus subur" balasku seakan puas dengan jawapan itu. Mulut ayah sedikit ternganga dengan kata-kataku. Aku sudah tidak mampu menatap wajahnya apatah lagi menagih pengertiannya.

Sudah seminggu cincin tanda tersarung di jari Saleha dan seminggu juga kulihat wajah ayah murung di birai tangga. Aku tidak tahu perasaan apakah yang sedang berpuing di kepalanya. Aku tahu ayah benar-benar marah namun aku tahu ayah masih sayangkan aku. Aku mendekati ayah yang sudah dijajah angan.

"Ayah, saya mohon ampun dan maaf, saya tak bermaksud menyakiti hati ayah" ujarku perlahan sambil menarik tangan dan menciumnya, rasa sebak yang kian sendat di dada kutahan sepenuhnya. Aku menanti apa jua titah yang terucap dari bibir ayah. Aku benar-benar pasrah jika ayah menghalakan parang panjangnya ke leherku kerana aku tahu kesalahan yang telah aku lakukan cukup melukakan hati lelakinya. Tiba-tiba kepalaku dipegang dan di dalam sendu yang berlagu aku dapat rasakan tangan kasar ayah mengusap lembut kepalaku. Setitis air mataku tumpah dan basah di tangan ayah. Aku benar-benar bersyukur kerana ayah sudah memahaminya.





Comments on this page:
Comment posted by uehwsnf( suajsjdseurope.com ), 06/24/2009 at 6:45pm (UTC):
doors.txt;15;20



Add comment to this page:
Your Name:
Your Email address:
Your website URL:
Your message:

Today, there have been 246020 visitors (807138 hits) on this page!
=> Do you also want a homepage for free? Then click here! <=