sugeng RAWUH TENG WEB LARE MBANYUMASAN>> - Poligami??
  serat tamu/guest book
  MISKIN HATI TAK HARUS MATI
  orang2 shaleh
  sakit kepala??
  my slide foto
  MENDOAN....!!!
  guyon
  sinau
  sound on blog
  wujudkan impianmu
  tempat rehabilitasi narkoba
  tentang aku
  humor abis
  gado-gado aja
  bidadari
  renungan...(ingat lah ortu)
  JA MIE BON (CERPEN)
  >cari tambahan..?
  buat blog yuk
  kesedihanku
  sadarku
  from santie
  Penyesalan
  Dalam diamku
  Wôñk ñðê$ýo
  Understimit man(gôên arwana)
  SEPI...
  serba serbi penting
  serba serbi lagi
  Counter
  from ayu FS
  pagi yang cerah
  tausiyah...
  hikmah hari ini
  tausiyah(saking kanca)
  bayi cewekORcowok
  tausiyah 4 ortu
  ga liqo ga untung
  refleksi diri
  iman..
  Anganku
  rahasia kesuksesan/live musick
  pentingnya AQIDAH
  aqidah islamiyah
  AQIDAH???
  pemurnian AQIDAH
  pusiiing
  taqwa.com
  muroqobah
  taklim..?
  upzzZZ
  budaya banyumas
  lelaki sholeh
  renungan QOLBU
  ebook gratiss
  Poligami??
  SBLM KITA MENINGGAL
  ujian keimanan
  keputusan terbaik
  mata kuliah dari pemulung
  lagu2 midi asyik
  cerita dari temen
  puisi cinta
  sebuah keajaiban

Definisi dan Latar Belakang

Poligini (Polygyny) ialah seorang lelaki berkahwin dengan beberapa perempuan.

Poliandri (Polyandry) ialah seorang perempuan berkahwin dengan beberapa lelaki.

Poligami (Polygamy) merujuk kepada mana-mana itu.

 

Kini kita menemui hal-hal poligami dengan orang-orang yang bertemu dengan Jemaat. Ramai orang mempunyai keluarga sah dengan dua atau lebih isteri. Banyak negara mengizinkannya. Alkitab berkata bahawa seorang penatua haruslah suami kepada satu isteri namun ia senyap tentang yang lain, atau tiadakah pedoman lain untuk umat selebihnya selain daripada para penatua? CCG akan meneliti bagaimana kita dapat merumuskan tatacara berdasarkan prinsip-prinsip alkitabiah untuk berurusan dengan hal ini.

 

Terdapat pandangan-pandangan berbeza tentang poligami. Alkitab nyata mempunyai contoh-contoh hubungan poligami di kalangan bapa-bapa bangsa dan raja-raja, khususnya Daud dan Salomo, jelas mempunyai ramai isteri. Israel ialah hasil dua belas suku yang berasal daripada dua belas anak lelaki Yakub yang lahir dengan dua isteri dan dua gundik. Hubungan anak sulung si ibu dan hasil-hasil sulung rohani daripada rahim dikaji dalam karya Pemberian Persepuluhan (No. 161). Di dalam teks itu, pandangan Yahudi tentang perkahwinan banyak menurut Mishnah dan Talmud diperiksa.

 

"Penebusan adalah secara jasmaniah dan rohaniah. Israel menjadi hamba Mesir secara jasmaniah dan rohaniah sebab diperhambakan oleh dosa. Justeru penebusan manusia terikat kepada kehidupan rohaninya dan susunan sosialnya. Seluruh ciptaan akhirnya ditebus (Roma 8:20-21) dan itulah sebabnya kenapa pemerintahan seribu tahun Yesus Kristus harus juga membabitkan manusia jasmaniah di dalam susunan sosial seperti yang ditetapkan di Sinai. Hukum dari Sinai sempurna. Sesetengah aspek (seperti perceraian) diizinkan oleh kerana ketegaran hati Israel.

 

Anak sulung adalah dari ibu dan bukan bapa seperti yang sudah kita lihat (Keluaran 13:2). Lebih daripada satu isteri diizinkan secara tradisi bagi rakyat biasa dan raja diizinkan lebih lagi (empat (mYeb 4:11; mKet. 10:1-6; dan juga Quran) atau lima (mKer. 3:7) isteri bergantung pada pihak berkuasa (lihat juga mKid. 2:7; mBkh. 8:4); dan lapan belas untuk raja (mSanh. 2:4). Mazhab Qumran berpendapat bahawa raja dan rakyat sepatutnya bermonogami (lihat Schurer, The History of the Jewish People in the Age of Jesus Christ, Vol. I, ms 320, n. 125). Perjanjian Baru membataskan para penatua dan diakon kepada satu isteri (1 Timotius 3:2,12). Maka anak sulung dikuduskan dan dibaktikan, walaupun daripada perkahwinan poligami dan/atau lahir juga di bawah hukum kewajipan keluarga kepada isteri seorang saudara (Ulangan 25:5-6). Maka Zerubabel dikuduskan kerana dia lahir daripada hubungan itu (lihat karya Genealogi Mesias (No. 119)).

 

Penting untuk Zerubabel disenaraikan di situ kerana signifikansnya dalam struktur bangunan Bait itu."

 

Maka jelas sekali bahawa poligami terdapat di dalam dan diketahui terdapat dalam Kitab Suci, di bawah hukum Tuhan. Konsep perkahwinan kepada saudara-saudara keluarga di dalam sistem kesukuan kadangkala berciri poligami. Konsep itu, sama ada poligami atau tidak, penting bagi mengekalkan sistem-sistem warisan suku menurut hukum dengan menggunakan sistem Lewi.

 

Sebilangan umat Kristian membantah bahawa Tuhan menyetujui poligami. Pandangan ini didasarkan pada teladan-teladan jelas yang terdapat dalam Alkitab. Hukum menangani hal ini dalam teks Ulangan 21:15 berikut.

 

"Apabila seorang mempunyai dua orang isteri, yang seorang dicintai dan yang lain tidak dicintainya, dan mereka melahirkan anak-anak lelaki baginya…"

 

Jadi tidak diragukan dalam hukum bahawa Poligami (poligini) dipertimbangkan.

 

Daud mempunyai ramai isteri dan gundik (lihat 2 Samuel 15:16; 19:5; 20:3). Pada mulanya dia mempunyai sekurang-kurangnya dua isteri iaitu Abigail dan Ahinoam dari Yizreel, serta Mikhal yang diberikan Saul kepada Palti (1 Sam. 25:42-44). Apabila Saul terbunuh Tuhan memberikan Daud segala milik Saul termasuk semua isterinya (2 Sam. 12:8).

 

Salomo memiliki tujuh ratus isteri dan tiga ratus gundik. Perempuan-perempuan ini berbangsa Moab, Amon, Edom, Sidon dan Het (1 Raja-raja 11:3).

 

Rehabeam mempunyai lapan belas isteri dan enam puluh gundik (2 Tawarikh 11:21). Keturunan dalam Yehuda ini mungkin merupakan asal limitasi Talmud akan lapan belas isteri kepada raja.

 

Bapa Nabi Samuel mempunyai dua isteri (1 Samuel 1:2). Anak-anak Isakhar dicatatkan mempunyai ramai isteri dan anak-anak (1 Tawarikh 7:4).

 

Keturunan Kristus berasal daripada isteri kedua Zerubabel yang merupakan seorang puteri Persia dan anak perempuan Darius.

 

Maka dapat difahami bagaimana mana-mana pelajar Alkitab boleh diyakinkan oleh teks-teks yang banyak seperti ini. Pada zaman rasul Jemaat mempunyai satu hukum berkenaan dengan poligami dan ia menyatakan seorang penatua dan diakon haruslah suami kepada satu isteri (1 Timotius 3:2,12, Titus 1:6).

 

Maka boleh dirumuskan bahawa Tuhan telah menetapkan melalui hamba-hambaNya para nabi dan rasul bahawa terdapat limitasi pada hukum sebagaimana ia diberikan kepada Musa dalam penerapannya berkaitan dengan umat pilihan. Penggunaan umat dalam Jemaat sebagai biskop dan diakon terbatas kepada mereka yang monogami dan itu perlu difahami sementara kita menangani persoalan ini. Terdapat lebih banyak lagi tentang aspek ini kemudian.

 

Harus diperhatikan juga bahawa:

 

1.      Quran adalah berdasarkan Alkitab Perjanjian Lama dan Baru. Menurut sejarah tercatat kewujudan poligami dalam kedua-dua teks dan Quran.

2.      Mahkamah perundangan Muslim mengizinkan kaum lelakinya mengambil sehingga empat isteri.

3.      Sesetengah lelaki Muslim percaya bahawa apabila mereka meninggal, jika mereka terbunuh dalam aktiviti-aktiviti yang boleh dikaitkan dengan perang kebenaran maka mereka akan pergi ke syurga dan 72 perawan tersedia menunggu mereka. Asas kepercayaan ini tidak ditemui dalam Quran dan merupakan manipulasi curang ayat-ayat itu. Kita akan memeriksa aspek ini di bawah.

 

Sejarah Singkat Asal Usul Poligami dan Akibatnya

 

Tidak diragui lagi bahawa Alkitab membincangkan serta mengizinkan poligini namun Hukum Tuhan dan kesaksian tidak menyebutkan poliandri selain daripada apabila suami meninggal perempuan itu bebas untuk berkahwin semula. Jika dia tidur dengan lelaki lain ketika masih berkahwin ini diperlakukan sebagai zina.

 

Adakah catatan alkitabiah tentang kejadian-kejadian poligami sebegitu merupakan kehendak ilahi daripada Tuhan? Terdapat banyak amalan yang diliputi dalam teks-teks Hukum Tuhan yang merupakan adat manusia yang dikawal atur dalam Hukum Tuhan. Contohnya: perhambaan, penuntut tebusan darah, dan amalan-amalan lain yang dikawal atur atau dilarang dalam masyarakat yang lebih moden. Tuhan mengizinkan perceraian menurut hukum oleh kerana ketegaran hati kita namun Kristus memberikan kita hukum lebih tinggi sebagai anggota-anggota Jemaat.

 

Ketika mengkaji Alkitab, sesuatu yang amat penting yang perlu diingati adalah, bukan semua yang dicatatkan dalam Alkitab adalah aktiviti yang dipersetujui Tuhan sebagai aktiviti ideal. Kalau kita melihat asal usulnya, kita akan dapati bahawa poligami bermula dalam keturunan Kain si pembunuh dan bukan keturunan Set yang saleh. Lelaki poligami pertama yang tercatat ialah Lamekh (Kejadian 4:23-24).

 

Titik ini menandakan kemerosotan dalam kemampuan rohaniah keturunan Adam. Kain membunuh Habel. Lamekh mengambil pandangan ini dan memperluaskan konsepnya. Dalam Kejadian 4:23-25 kita membaca tentang keadaan mental Lamekh. Ia biasanya diterjemahkan seperti berikut:

 

"Berkatalah Lamekh kepada kedua isterinya itu:

"Ada dan Zila, dengarkanlah suaraku:

hai isteri-isteri Lamekh, pasanglah telingamu kepada perkataanku ini:

Aku telah membunuh seorang laki-laki karena ia melukai aku,

membunuh seorang muda karena ia memukul aku sampai bengkak;

sebab jika Kain harus dibalaskan tujuh kali lipat,

maka Lamekh tujuh puluh tujuh kali lipat."

 

Bagaimanapun teks ini adalah dalam kala masa kini berterusan dan boleh diterjemahkan sedemikian:

 

"Aku boleh membunuh seorang lelaki kerana melukai aku dan seorang muda kerana memukul aku" (rujuk Bullinger, nota kaki kepada ayat 23).

 

Justeru sikap pemikirannya telah merosot daripada situasi Kain kepada keadaan ini yang melebihi mata ganti mata tetapi sebaliknya memerlukan pembalasan melampau.

 

Justeru sikap manusia planet ini mula merosot dalam banyak segi dalam enam keturunan, dan kemudiannya mengakibatkan campur tangan Tuhan dalam banjir itu.

 

Abraham mempunyai dua isteri, Sara dan Ketura, serta gundiknya Hagar. Kita diberitahu bahawa Ketura ialah seorang gundik pada mulanya dan kemudian dia disenaraikan sebagai seorang isteri.

 

Kemudian Esau, yang memandang rendah hak kelahirannya, juga mendukacitakan ibu bapanya dengan berkahwin dengan dua isteri pagan (Kejadian 26:34).

 

Jika poligami ialah kehendak ilahi, maka boleh dianjurkan bahawa Tuhan bertentangan dengan diriNya apabila Dia melarang raja-raja Israel mempunyai banyak isteri (Ulangan 17:16-17). Perhatikan catatan sejarah ketika mereka ingkar, termasuk persaingan maut saudara kandung antara anak-anak Daud daripada isteri berlainan; dan ratusan isteri Salomo yang membawanya kepada keberhalaan (1 Raja-raja 11:1-3). Larangan Ulangan 17:16-17 membabitkan pemilikan banyak senjata perang dari segi kereta kuda iaitu kuda, kekayaan, serta perempuan. Ketiga-tiga langkah ini merupakan punca kejatuhan Salomo (lihat juga nota-nota Bullinger kepada teks itu). Namun Tuhan menyetujui Daud berkahwin dengan ramai perempuan dan mengambil gundik, dan berkata jika dia inginkan lebih maka Dia tentu telah memberikannya kepada dia. Tuhan sebenarnya mengatakan bahawa dia tidak harus berdosa seperti itu. Masalahnya nampaknya terletak dalam sikap akal fikiran. Bagaimanapun, Salomo diizinkan membina Bait Tuhan sedangkan Daud tidak dibenarkan melakukan itu kerana dia pernah menumpahkan darah.

 

Hana, ibu Samuel, telah dimalukan oleh isteri lain suaminya Elkana iaitu Penina (1 Samuel 1:1-7). Samuel, orang yang diurapi Tuhan, merupakan hasil suatu keadaan poligami.

 

Monogami merupakan situasi berterusan dalam banyak negara di seluruh dunia: kaum Han China di China purba, orang Dong, Manchu dan Yao.

 

Mungkin ia suatu kejutan bagi ramai orang bahawa orang China Han purba sebenarnya mengamalkan monogami meskipun kepercayaan dan amalan umum maharaja-maharaja China purba yang mempunyai ratusan dan mungkin ribuan isteri dan gundik.

 

"Bangsa Han ialah bangsa utama di China. Orang Han dikatakan telah bermula kira-kira lima ribu tahun dahulu. Majoriti YDNA mereka ialah Haplogroup O, yang mirip dengan orang Indo-Melayu dan sesetengah orang Polynesia, dan berhubungan dengan suku-suku Yafet yang lain. Dalam sejarah mereka yang lama, mereka menyerap bangsa-bangsa minoriti yang lain. Han merupakan kelompok paling berpengaruh dalam ekonomi, kebudayaan dan politik. Pakaian telah banyak berubah, kini pakaian mereka cenderung kepada gaya berpelbagai. Konsep sebuah keluarga tetap serupa dengan negeri itu pada zaman dahulu kala. Bapa merupakan pusat kawalan dalam sejarah lamanya. Isteri dan semua anak-anak harus mentaatinya, tetapi kini sistem itu telah banyak berubah di seluruh bidang pengaruhnya. Ahli-ahli sebuah keluarga lazimnya setara kedudukan mereka. Ayah akan melakukan kerja rumah bersama isterinya dan anak-anaknya; mereka seharusnya hidup lebih bahagia lagi daripada sebelumnya. Monogami ialah satu-satunya sistem untuk perkahwinan dalam asal mereka. Penguburan api dianjurkan dan diteruskan. Mereka mengamalkan adat baik membantu orang tua serta menjaga anak-anak kecil."

(Disadur dan diedit daripada http://www.china-fpa.org/english/china/nationality/han.htm )

 

Ketika zaman Confucius (secara tradisinya 551 BCE – 479 BCE), monogami dianjurkan sebagai keadaan ideal, namun pemeliharaan isteri lain yang dikenali sebagai gundik tidak dilarang. Confucius dan orang bijaksana agung yang lain berpendapat bahawa bukan memalukan untuk mengambil seorang gundik untuk melahirkan anak lelaki. Ini dianjurkan apabila isteri sejati gagal melahirkan anak lelaki dan terlalu disayangi untuk diceraikan. Terdapat tujuh sebab yang membenarkan penyangkalan seorang isteri selain ketidaksetiaan, dan salah satu daripadanya ialah ketiadaan anak lelaki.

Lihat juga:

http://www.malaspina.org/home.asp?topic=./search/details&lastpage=./search/results&ID=426

 

Perkara sepadan dengannya hari ini ialah anjuran inseminasi beradas (permanian buatan) dan juga rawatan kesuburan.

 

Terdapat satu lagi kelompok yang dikenali sebagai Dong di China dan keluarga-keluarga mereka juga mengamalkan monogami. Suku Dong memilih pasangan hidup mereka sendiri dan biasanya berkahwin pada umur lewat belasan tahun.

http://www.us.omf.org/content.asp?id=9234

 

Monogami telah sentiasa diamalkan orang Manchu, dengan anak-anak muda bertunang pada umur 16 atau 17 tahun dengan izin ibu bapa.

http://en.chinabroadcast.cn/2245/2005-1-13/119@192716.htm

 

Terdapat satu lagi suku di China yang dikenali sebagai bangsa Yao. "Lebih dua juta orang Yao tinggal tersebar di seluruh kawasan pergunungan China selatan, di mana mereka sudah hidup selama 2000 tahun. Suku-suku Yao juga hidup di Vietnam, Laos, dan Thailand, dan lazim memanggil diri mereka sebagai Kim Mien, atau "orang gunung". Unit keluarga amat penting kepada suku Yao, dan perceraian jarang terjadi di kalangan mereka. Monogami (perkahwinan kepada satu pasangan) merupakan kebiasaannya, namun poligami (pasangan kahwin berganda) juga wujud. Walaupun sesetengah perkahwinan masih diatur oleh ibu bapa, pilihan itu kini terletak pada pasangan muda itu. Pengantin lelaki biasanya 16 atau 17 tahun dan pengantin perempuannya mungkin empat tahun lebih tua."

http://www.ksafe.com/profiles/p_code4/360.html

 

Poligami di dalam negara-negara yang tidak menguatkuasakan Monogami

 

Dalam kajian amalan poligami ini kita perhatikan bahawa di dalam negara-negara yang melarang poligami, ia boleh diamalkan oleh sebab ketiadaan penguatkuasaan undang-undang kebangsaan mereka sendiri. Contohnya, di Malaysia seorang bukan Muslim yang mengambil suami/isteri kedua adalah tidak sah dan perkahwinan ini diakui oleh mahkamah sivil Malaysia serta Pendaftar Perkahwinan di Malaysia. Jadi bigami dan poligami tidak dibenarkan oleh undang-undang sivil bagi rakyat Malaysia bukan Muslim sama ada mereka berbangsa Cina, India atau bangsa lain. Semua ini diperintah oleh Kanun Keseksaan Malaysia Bab XX "Kesalahan Berkenaan Dengan Perkahwinan". Pasangan terjejas itu boleh menuntut cerai atas sebab-sebab zina yang jelas. Bagaimanapun, walaupun undang-undang sivil Malaysia tidak mengizinkan poligami bagi orang bukan Muslim, kita temui poligami diamalkan oleh bukan Muslim di Malaysia. Hakikatnya, ini berterusan kerana ketiadaan penguatkuasaan undang-undang disebabkan adat majoriti di bawah sistem Shari’a. Kita akan temui kejadian serupa di negara-negara lain.

 

Malaysia, sebagai negara Islam, juga mempunyai satu lagi sistem undang-undang Islam, yang ditafsirkan oleh Mahkamah Syariah atau Shari’a. Ini mengizinkan seorang lelaki Muslim memiliki sehingga empat isteri, dan seperti yang dilihat di atas juga merupakan adat yang diperolehi daripada pengalaman-pengalaman alkitabiah seperti yang ditafsirkan di bawah sistem Mishnah dan Talmud di dalam Judaisme, yang pastinya asal dari mana amalan atau batas Muslim ini diilhami.

 

Kita dapati bahawa mereka yang lebih saleh umumnya percaya kehendak Allah digambarkan di dalam Taman iaitu seorang pasangan untuk setiap orang. Terdapat Adam dan Hawa, bukan ramai isteri, tiada bigami atau poligami, sama ada poligini atau poliandri.

 

Singapura mempunyai undang-undang sivil yang serupa dengan Malaysia sebab kedua-duanya sebahagian daripada Komanwel. Mengambil suami/isteri kedua sebagai bigami adalah haram dan tidak diakui oleh mahkamah sivil atau Pendaftar Perkahwinan di Malaysia dan Singapura. Oleh itu bigami dan poligami tidak dibenarkan oleh undang-undang sivil bagi rakyat Malaysia dan Singapura bukan Muslim sama ada mereka berbangsa Cina, India atau lain-lain.

 

Namun begitu, di Singapura sekalipun sistem Shari’a dan isteri berganda ditoleransi dan mempunyai status kuasi-sah.

 

"Walaupun Singapura negara bukan Muslim, status peribadi Muslim Singapura ditentukan oleh Ordinan Muslim 1957 yang meliputi pendaftaran, Mahkamah Shari’a dan hal-hal harta benda, dan memansuhkan Ordinan sebelumnya yang berkaitan. Ia mengandungi peruntukan substantif yang amat terbatas, namun ordinan ini memang memindahkan kuasa atas status peribadi Muslim daripada badan kehakiman biasa kepada Mahkamah Shari’a. Ia digantikan oleh Akta Pentadbiran Undang-undang Islam 1966, yang memberikan peraturan-peraturan yang lebih terperinci. Akta 1966 ini menetapkan Majlis Ugama Islam Singapura (Singaporre Islamic Council) untuk menjalankan pembiayaan dan melaksanakan wasiat. Majlis ini juga mempunyai Komiti Perundangan yang terdiri daripada Mufti Singapura, dua lagi ahli Majlis ini dan dua bukan ahli; fungsi Komiti Perundangan ini adalah untuk mengeluarkan fatwa tentang apa-apa perkara undang-undang Muslim. Perundangan 1966 itu juga mengandungi peruntukan lebih substantif daripada sebelumnya. Piagam Wanita, yang diluluskan pada 1961, menggantikan sistem undang-undang keluarga bukan Muslim yang berkaitan di Singapura. Ia mengenakan rejim perkahwinan monogami ke atas semua rakyat Singapura kecuali orang Muslim, walaupun lelaki Muslim yang berkahwin dengan bukan Muslim di bawah syarat-syarat Piagam Wanita dilarang daripada berkahwin poligami. Orang Islam jelas terkecuali daripada peruntukan-peruntukan tertentu Piagam Wanita, contohnya, yang berhubung upacara melangsungkan perkahwinan, pembatalan perkahwinan, perceraian, dan sebagainya. Sistem mahkamah biasa berkuasa atas urusan anak angkat, pewarisan, dan hak jagaan malah untuk meeka yang berkahwin menurut undang-undang Islam, dan isteri Muslim boleh memilih sistem biasa atau sistem kehakiman Shari’a untuk mendapatkan perintah nafkah.

 

Status Perlembagaan Islam (ic Undang-undang): Perlembagaan telah diterima pada 3 Jun 1959 dan dipinda pada 1965 apabila Negeri Singapura daripada Malaysia meninggalkan Malaysia. Perlembagaan ini mengandungi sebilangan peruntukan yang mengabadikan kebebasan beragama dan melarang diskriminasi atas sebab-sebab agama. Artikel 153 di bawah Peruntukan Umum menyatakan bahawa "Badan Perundangan harus menurut undang-undang membuat peruntukan bagi mengawal hal-ehwal agama umat Islam dan membentuk sebuah Majlis untuk menasihati Presiden dalam hal-hal berkenaan agama Islam".

 

Sistem Mahkamah: Terdapat sebuah Mahkamah Shari’a di Singapura; ia boleh mendengar dan menentukan segala tindakan dalam mana semua pihak ialah orang Muslim atau dalam mana pihak-pihak terbabit berkahwin menurut undang-undang Islam (iaitu, suami ialah orang Islam). Mahkamah Shari’a mempunyai kuasa atas kes-kes berhubung perkahwinan, perceraian, pertunangan, pembatalan perkahwinan, perpisahan kehakiman, pembahagian harta pada perceraian, pembayaran mas kahwin, nafkah, dan mut’a. Segala rayuan daripada keputusan Mahkamah Shari’a atau keputusan kathi (kadi) dibuat melalui Lembaga Rayuan, yang terdiri daripada tiga Muslim yang dipilih oleh Pendaftar Mahkamah Agung daripada satu panel tujuh orang yang dicalonkan oleh Presiden setiap tahun. Segala keputusan Lembaga Rayuan adalah muktamad."

 

SUMBER:-

http://www.law.emory.edu/IFL/legal/singapore.htm

Today, there have been 567565 visitors (2261111 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free